Sinopsis Asmaradana (drama)

Mengisahkan tentang Rafeah ibu kepada Tengku Farouk yang tidak bersetuju dengan pilihan Tengku Farouk, Narimah kerana Narimah adalah seorang perempuan kelab yang tidak mempunyai darah keturunan. Narimah dipandang hina oleh ibu Tengku Farouk kerana tidak sama darjat dengan keluarga ini. Takdir telah membuatkan Narimah berkahwin dengan adik kepada Tengku Farouk, iaitu Tengku Saiful. Rafeah mendapati Narimah telah mengandungkan anak Tengku Saiful. Mereka telah di halau daripada rumah tersebut dan dibuang keluarga. Malang menimpa Narimah apabila Tengku Saiful telah meninggal dunia dan Naimah terpaksa membesarkan anaknya sendiri tanpa suami di sisi.